Prime Video telah mengumumkan yang The Continental iaitu siri TV yang berlaku di dalam dunia John Wick akan tiba di perkhidmatan penstriman tersebut pada bulan September ini. Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga berkongsi gambar pelakon-pelakon yang terlibat dengan siri ini.

Antara yang diperlihatkan adalah Winston Scott yang dilakonkan oleh Colin Woodell, Charon lakonan Ayomide Adegun, Cormac lakonan Mel Gibson, KD lakonan Mishel Prada, Mayhew lakonan Jeremy Bobb, Frankie lakonan Ben Robson, Yen lakonan Nhung Kate, Lou lakonan Jessica Allain dan Miles lakonan Hubert Point-Du Jour.

Siri ini memfokuskan, Winston Scott versi muda yang bersusah-payah mendapatkan hak hotel ikonik – The Continental yang menjadi tempat penting di dalam filem John Wick. Siri tiga bahagian ini akan memperlihatkan bagaimana dia pada awalnya ingin tinggalkan dunia pembunuh upahan tetapi tidak semudah yang disangkakan.

Prime Video boleh dilanggan dengan harga RM25 sebulan ataupun dapatkan bersama dengan Twitch Prime yang juga ditawarkan dengan harga yang sama.

Sohor Kini