Mr. and Mrs. Smith adalah filem aksi komedi romantik mengenai sepasang suami dan isteri yang secara rahsia masing-masing bekerja sebagai perisik. Suatu hari mereka ditugaskan untuk membunuh antara satu sama lain. Filem tahun 2005 ini dilakonkan oleh Brad Pitt dan Angelina Jolie.
Terbaru selepas 18 tahun, Prime Video bakal hadir dengan siri TV Mr. and Mrs. Smith pula. Kali ini dengan Donald Glover (Solo: A Star Wars Story) sebagai John Smith dan Maya Erskine (Obi-Wan Kenobi) sebagai Jane Smith.
Sinopsis penuh siri ini masih tidak didedahkan. Tetapi siri TV Mr. and Mrs. Smith akan mengisahkan John dan Jane Smith menerima pekerjaan dari organisasi misteri sebagai perisik. Lebih menarik mereka berdua perlu merahsiakan kerja sebenar masing-masing.
Semasa Prime Video mengumumkan siri ini pada tahun 2021, Jane Smith sepatutnya dilakonkan oleh Phoebe Waller-Bridge (Indiana Jones and the Dial of Destiny) tetapi meninggalkan siri tersebut kerana mempunyai perbezaan pendapat kreatif.
Mr. and Mrs. Smith akan disiarkan di Prime Video bermula November akan datang.