CEO Disney Bob Iger hari ini telah mengatakan kepada CNBC yang mereka akan mengurangkan penghasilan kandungan daripada Marvel dan juga Lucasfilms.

Menurut beliau lagi, pelbagai kandungan seperti filem dan siri TV untuk Marvel, dan siri TV untuk Star Wars yang tiba sebagai alat untuk mengembangkan penawaran Disney+ telah mengurangkan fokus dan perhatian terhadap kandungan-kandungan tersebut.

Langkah pengurangan kandungan ini juga akan menjadi sebahagian daripada cara untuk mengurangkan kos, sesuatu yang telah diumumkan sebelum ini.

Walaupun pelbagai kandungan yang tiba untuk Disney+, perkembangan perkhidmatan tersebut adalah tidak seperti yang diharapkan, Bob Iger juga telah mengatakan yang ada kemungkinan kandungan-kandungan mereka akan dilesenkan kepada perkhidmatan lain.

Namun, menegaskan yang menerbitkan kandungan-kandungan mereka di Disney+ sahaja adalah penting untuk peringkat awal perkhidmatan penstriman tersebut.

Sohor Kini