Rahsia iaitu filem seram tahun 1987 yang memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-7 (FFM7) telah diolah semula oleh Astro Shaw dan Five Star Trading. Filem Rahsia (1987) diarahkan oleh Othman Hafsham dan mempunyai status kultus di kalangan peminat filem Melayu.
Dalam filem Rahsia 2023, watak utama Ramlah dibintangi oleh Nabila Huda yang sebelum ini dibawa oleh Noor Kumalasari dan watak Hamdan pula oleh Fikry Ibrahim yang sebelum ini dibawakan oleh Allahyarham Shukery Hashim. Filem ini akan ditayangkan pada 10 Ogos akan datang.
Filem ini diarahkan oleh Shamyl Othman (anak Othman Hafsham) dan ditulis oleh Alfie Palermo (One Cent Thief). Rahsia turut akan dibintangi oleh Eman Manan, Marsha Milan, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Mislina Mustaffa, Aloy Paradoks, Nabil Zakaria, Othman Hafsham dan Susan Lankester.
Sinopsis rasmi filem adalah seperti berikut;
Suatu hari Ramlah bercuti ke rumah bapanya Tan Sri Karim bersama suami Hamdan dan dua orang anak kecil Marina dan Saiful. Suatu hari Saiful diculik oleh wanita misteri yang menggerunkan tetapi tidak dipercayai oleh sesiapa. Hamdan kemudian membantu polis mencari anaknya yang hilang dan Ramlah pula diganggu oleh wanita misteri tadi. Ramlah kemudian bertekad mencari Saiful dan cuba bersemuka dengan wanita isteri ini untuk merungkai “rahsia” kehilangan anaknya.