The Afterparty Musim Ke-2 Kini Boleh Ditonton Di Apple TV+

The Afterparty adalah siri komedi misteri pembunuhan Apple TV+ yang dicipta oleh Christopher Miller (Across The Spider-Verse). Siri ini sudah pun mempunyai musim kedua yang anda sudah boleh tonton di Apple TV+ bermula hari ini.

The Afterparty musim kedua mempunyai 10 episod secara keseluruhan. Dua episod pertama sudah boleh ditonton dan akan diteruskan secara mingguan sehingga 6 September akan datang.

Musim kedua mengisahkan Aniq Adjaye (Sam Richardson) dan Zoe Zhu (Zoë Chao) yang dijemput ke majlis perkahwinan Grace (Poppy Liu) adik Zoe dan Edgar (Zach Woods). Hanya selepas satu malam berkahwin, Edgar ditemui mati dan Detective Danner dijemput untuk menyelesaikan misteri pembunuhan suami Grace.

Barisan pelakon lain adalah John Cho sebagai Ulysses, Jack Whitehall sebagai Sebastian, Anna Konkle sebagai Hannah, Ken Jeong sebagai Feng dan juga Paul Walter Hauser sebagai Travis.

Sohor Kini