Charlie and the Chocolate Factory adalah buku yang ditulis oleh Roald Dahl mengenai Charlie Bucket yang bertemu dengan Willy Wonka pemilik kilang coklat ajaib. Buku ini telah diadaptasi kepada dua filem aksi nyata iaitu Willy Wonka & the Chocolate Factory (1971) dan Charlie and the Chocolate Factory (2005).

Terbaru adalah filem Wonka mengenai Willy Wonka yang masih mudah dan dalam perjalanan membina kilang coklat ajaib. Treler pertama akhirnya dikongsi dan anda boleh menontonnya di bawah.

Treler memperlihatkan penceritaan yang menarik, penuh pengembaraan, komedi dan juga elemen magis. Dalam filem ini Timothée Chalamet adalah Wonka menggantikan Gene Wilder dan Johny Depp. Tidak dinafikan iterasi Chalamet sebagai Wonka yang masih mudah nampak menarik dan Hugh Grant sebagai Oompa Loompa turut kelihatan melucukan.

Wonka akan ditayangkan pada 15 Disember nanti.

Sohor Kini