Alita: Battle Angel adalah filem aksi nyata yang diadaptasi dari anime/manga Gunnm oleh Yukito Kishiro yang diterima ramai peminat. Skor di Rotten Tomatoes sehingga hari ini adalah 92% oleh para penonton. Filem ini ditayangkan pada tahun 2019 dan sejak itu peminat menantikan sekuel.
Filem pertama diarahkan oleh Robert Rodriguez, ditulis dan diterbit oleh James Cameron. Terbaru, Cameron telah mengesahkan yang filem sekuel Alita: Battle Angel kini dalam pembangunan.
Cameron berkongsi kepada Forbes dalam temubual mengenai beliau yang ingin menjual ladang ternak Gaviota Coast beliau. Antara sebab kenapa ia dijual adalah kerana beliau ingin berpindah untuk membangunkan sekuel Alita.
Buat masa ini masih tiada sebarang informasi mengenai plot filem, senarai pelakon dan bila ia akan ditayangkan.
Sumber – Forbes