Netflix tidak asing dengan siri rancangan realiti yang pelbagai. Antara yang dinanti-nantikan adalah Squid Game: The Challenge. Terbaru mereka telah mengacah kehadiran Zombieverse pula, iaitu rancangan realiti di mana peserta perlu menyelamatkan diri dari lokasi yang dipenuhi dengan zombi.

Rancangan realiti yang berasas di Seoul, Korea ini akan disiarkan bermula 8 Ogos akan datang. Setiap peserta dalam Zombieverse perlu bekerjasama mencari tempat perlindungan, makanan/minuman dan juga pengangkutan untuk kekal menyelamatkan diri masing-masing. Mereka yang digigit oleh zombi akan terus tersingkir.

Setiap zombi dalam rancangan ini direka oleh pasukan sama yang terlibat dengan siri  All of Us Are Dead dan koreografi pula adalah dari pasukan yang menjayakan siri Kingdom. Peserta Zombieverse adalah Lee Si-young (Sweet Home), Park Na-rae (penyanyi), Yoo Hee-kwan (atlet), Kim Jin-young (Single’s Inferno 2) dan ramai lagi selebriti lain.

Sohor Kini