Skip to main content

How Do You Live (Kimitachi wa Dou Ikiruka) merupakan nama filem terakhir arahan Hayao Miyazaki yang berasaskan novel dengan tajuk yang sama yang ditulis oleh Genzaburo Yoshino pada tahun 1937.

Tidak banyak yang diketahui mengenai filem ini, kecuali satu poster yang diperlihatkan, dan juga tarikh tayangan pertamanya, pada 14 Julai 2023 di Jepun. Terkini, pihak Studio Ghibli mengesahkan bahawa filem tersebut akan ditayangkan di pawagam IMAX di Jepun.

Filem tersebut juga akan ditayangkan di pawagam-pawagam Dolby Atmos, Dolby Cinema and DTS:X apabila ia dilancarkan kelak, yang mana ia dijangka akan menjadi diantara filem yang paling mahu ditonton oleh para peminat Hayao Miyazaki dan Studio Ghibli apabila ia dilancarkan kelak.

Menariknya, selain daripada poster yang diperlihatkan, tidak banyak maklumat yang diketahui tentang filem animasi ini, kecuali seperti yang dikatakan, ia merupakan filem terakhir yang akan diarahkan oleh Hayao Miyazaki. Buat masa ini juga, ia tidak diketahui lagi samada filem ini akan ditayangkan di luar negara Jepun ataupun tidak.

Sumber: Engadget

Leave a Reply