Filem The Nun II sekuel kepada The Nun (2018) akan ditayangkan bermula September ini. The Nun adalah prekuel kepada francais filem The Conjuring yang berlaku dalam dunia sama. Treler bagi The Nun II telah pun diterbitkan dan ia memperlihatkan Sister Irene kembali menentang Valak.
Filem ini berlaku pada tahun 1956 empat tahun selepas filem pertama dan mengisahkan Irene yang membantu seorang kanak-kanak menyiasat misteri kematian seorang paderi yang dipercayai dibunuh oleh benda mistik. Valak dilihat masih menyasarkan Irene dan merupakan entiti jahat yang kuat.
Taissa Farmiga kekal sebagai Irene, begitu juga Bonnie Aarons dan Jonas Bloquet akan kembali berlakon sebagai Valak dan Maurice “Frenchie”. Mereka akan disertai oleh Katelyn Rose Downey sebagai Sophie, Anna Popplewell sebagai Marcella dan juga Storm sebagai watak baharu.



