Warrior Nun Bakal Kembali – Pengumuman Lanjut Ogos Ini

Warrior Nun adalah antara siri TV menarik di Netflix yang dibatalkan. Siri ini menerima dua musim dengan mempunyai 18 episod secara keseluruhan. Antara sebab dibatalkan menurut laporan sebelum ini adalah ia tidak menerima sambutan yang hangat di Netflix.

Selepas ramai peminat melakukan petisyen #SavedWarriorNun, pencipta siri ini iaitu Simon Barry mengesakan yang Warrior Nun akan kembali dengan musim ketiga. Mengikut perkongsian Barry di Twitter, laman web khas warriornunsaved.com akan mengumumkan sesuatu pada 16 Ogos akan datang.

Buat masa ini masih tidak pasti sama ada Warrior Nun akan kekal disiarkan di Netflix atau di platform lain. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini