Suicide Squad ISEKAI Adalah Anime Baharu DC

DC baru sahaja menerbit video acah bagi siri animasi Suicide Squad ISEKAI. Siri ini dilihat mungkin memfokuskan kepada watak Harley Quinn, Joker dan Amanda Waller. Sinopsis siri ini masih belum didedahkan tetapi akan melibatkan watak merentas ke dunia berbeza untuk menyampaikan konsep penceritaan “ISEKAI”.

Harley dan Joker turut kelihatan memasuki ke dunia yang wujudnya naga, turut kelihatan adalah pulau-pulau terapung dan perlawanan dengan pelbagai makhluk aneh lain.

Pelakon suara buat masa ini masih belum didedahkan begitu juga tarikh siaran. Siri ini besar kemungkinan akan berada dalam dunia DC Elseworld kerana dilihat mungkin tidak berkait dengan DC Universe. Suicide Squad ISEKAI diarahkan oleh Eri Osada dengan skrip ditulis oleh Tappei Nagatsuki serta Eiji Umehara, watak-watak direka oleh Naoto Hosoda, animasi dihasilkan di Wit Studio dan diterbit oleh Warner Bros. Japan.

Sohor Kini