Among Us Akan Hadir Dengan Siri Animasi Tersendiri

Among Us iaitu permainan bertemakan misteri pembunuhan di mana pemain perlu teka siapakah pembunuh sebenar di dalam satu kumpulan sama. Permainan yang dilancarkan pada tahu 2018 ini menjadi popular ketika pandemik COVID-19.

Terbaru Variety melaporkan yang Among Us akan diadaptasi menjadi siri animasi oleh CBS Studios di bawah CBS Eye Animation Productions dengan kerjasama bersama Innersloth, studio yang membangunkan Among Us. CBS dan Innersloth akan menghasilkan animasi ini di studio Titmouse (Big Mouth, Star Trek: Lower Decks).

Owen Dennis yang sebelum ini terkenal sebagai penulis animasi pendek akan menjadi pencipta dan penerbit eksekutif siri animasi Among Us. Berikut adalah sinopsis rasmi yang dikongsikan;

“Sekumpulan kru dalam sebuah kapal angkasa telah menjadi mangsa pembunuhan apabila salah seorang kru telah digantikan dengan makhluk asing yang boleh menyamar. Kru sebenar perlu mencari makhluk asing atau “Impostor” ini sebelum mereka turut menjadi mangsa atau dituduh.”

Sumber – Variety

Sohor Kini