Elder Scrolls VI merupakan salah satu permainan RPG yang ditunggu-tunggu oleh para peminat siri permainan tersebut, dan baru-baru ini, Phil Spencer, ketua Xbox telah mengatakan bahawa permainan tersebut dijangka hanya akan siap dalam masa lima ke enam tahun lagi.
Phil Spencer mengatakan perkara tersebut sewaktu kes mahkamah yang membabitkan pihak FTC (Federal Trade Commission) dan Microsoft dalam percubaan FTC untuk menghalang pengambilalihan Activision-Blizzard-King oleh Microsoft.
Apabila ditanya mengenai eksklusiviti permainan seperti Elder Scrolls VI, dan samada ia akan menjadi sebuah permainan yang khusus untuk konsol Xbox Series dan PC sahaja, beliau menjawab bahawa Elder Scrolls VI belum dibangunan lagi, dan berkemungkinan hanya akan diperlihatkan dengan lebih mendalam dalam jangka masa tersebut.
Ia juga berkemungkinan bahawa Elder Scrolls VI tidak akan hadir pada konsol generasi ini, kerana apabila waktu tersebut tiba, konsol-konsol baru akan hadir dan ia akan diperkenalkan pada platform tersebut pula. Walaupun ia tidak menjawab tentang isu eksklusiviti yang dinikmati oleh Xbox dengan permainan yang dibangunkan oleh studio yang diambil-alih oleh mereka, kini kita tahu berapa lama yang perlu ditunggu untuk memainkan permainan ini.
Sumber: Engadget