Thai Film Festival in Malaysia kini kembali sekali lagi selepas kali terakhir diadakan pada tahun 2017 dan 2019. Kali ini menggunakan tema Bridging Thainess to International Audience. Acara ini akan berlangsung dari 14 Julai ke 16 Julai di empat lokasi GSC terpilih.
Acara ini adalah untuk mempromosikan karya, budaya dan kehidupan sosial Thai di Malaysia. Sempena acara ini terdapat lima filem yang akan ditayangkan secara percuma. Berikut adalah filem yang anda boleh saksikan nanti;
- Faces of Anne
- Sebuah filem psiko-ngeri di mana setiap dua minit protagonis iaitu Anne akan berubah berubah wajah. Anne sedar di sebuah pulau misteri tanpa mengenali diri sendiri dan mempunyai apa-apa memori. Misi utama adalah mencari jalan keluar dari pulau ini.
- Love Destiny the Movie
- Filem romantik komedi mengenai dua pasangan kekasih Dej dan Karaket yang mencintai antara satu sama lain akhirnya berpisah kerana mati ketika era Ayutthaya (1351-1767). Mereka hidup kembali di awal era Rattanakosin (1782-1855) tetapi hanya seorang sahaja yang percaya kepada takdir.
- Fast and Feel Love
- Filem ini adalah filem komedi mengenai juara sukan cup stacking yang ditinggalkan oleh kekasih. Kini hidup bersendirian, Kao perlu berdikari tanpa bantuan orang lain.
- Haunted Universities 2nd Semester
- Filem seram antologi yang berlaku di sekitar kampus universiti. Terdapat tiga kisah iaitu The “C” Bed, The Final Year’s Cheer dan The Old Science Building.
- Friend Zone
- Filem terakhir adalah satu lagi yang bergenre romantik komedi. Filem ini mengisahkan Palm yang terperangkap dalam “zon kawan” selama 10 tahun dengan Gink. Setiap kali Palm meluahkan perasaan cinta pasti akan ditolak oleh Gink.
Sempena pembukaan Thai Filem Festival Malaysia 2023, 13 Julai nanti peminat boleh bertemu bersama dengan pelakon-pelakon filem Faces of Anne dan Love Destiny the Movie di GSC Mid Valley. Tayangan khas Faces of Anne turut akan berlangsung pada hari yang sama.
Tiket boleh ditempah bermula 7 Julai sehingga 16 Julai secara percuma di GSC (caj tempahan akan dikenakan). Tayangan terhad di GSC MyTown, KL; GSC Mid Valley, KL; GSC 1 Utama, Selangor dan GSC IOI City Mall, Putrajaya. Hanya dua tiket dibenarkan untuk setiap orang. Setiap filem pula menerima rating P13 dan sesuai ditonton oleh semua orang.