Skip to main content

Heart of Stone adalah filem mengenai Rachel Stone lakonan Gal Gadot yang menjadi perisik untuk Charter iaitu organisasi yang MI6 pun tidak tahu akan kewujudannya. Stone dalam filem ini menyamar sebagai ejen yang tidak berpengalaman. Tetapi hakikatnya watak ini mempunyai akses kepada teknologi yang jauh lebih canggih yang menjadi kunci utama untuk Charter.

Misi Rachel Stone yang bertugas bersama Parker (Jamie Dornan) terganggu apabila penggodam misteri Keya Dhawan (Alia Bhatt) menyebabkan organisasi Charter ini terdedah. Filem ini akan disiarkan di Netflix pada 11 Ogos nanti.

Dalam treler kelihatan aksi yang gempak dan mendebarkan. Selain itu aksi oleh pelakon seperti Sophie Okonedo, Matthias Schweighöfer, Jing Lusi dan Paul Ready turut menjadikan filem ini mungkin seronok untuk ditonton. Filem ini diarahkan oleh Tom Harper, ditulis oleh Greg Rucka dan Allison Schroeder.

Leave a Reply