Squid Game adalah siri TV Korea battle royale, di mana 456 pemain yang terdesak memerlukan wang perlu bertarung nyawa untuk merebut hadiah 45.6 bilion won. Drama Korea ini akan diteruskan dengan musim kedua dan senarai pelakon telah pun diumumkan.
Tetapi ada satu lagi projek berdasarkan drama ini bakal disiarkan di Netflix iaitu Squid Game: The Challenge.
Squid Game: The Challenge adalah rancangan realiti tanpa skrip di mana 456 pemain di dunia sebenar bertanding dalam permainan mirip drama tersebut untuk merebut $4.56 juta iaitu sekitar RM20 juta. Rancangan ini akan disiarkan di Netflix pada November tahun ini.