Extraction Akan Diteruskan Dengan Filem Ketiga

Hari ini acara TUDUM 2023: A Netflix Global Fan Event diadakan dan telah dibuka oleh Chris Hemsworth untuk mempromosikan filem Extraction 2 bersama dengan pengarah dan pencipta filem ini Sam Hargrave.

Extraction 2 telah pun disiarkan di Netflix sejak dua hari lalu. Atas sambutan yang memberangsangkan, filem ini akan dikembangkan menjadi trilogi kerana Chris Hemsworth mengumumkan yang filem Extraction 3 kini dalam perbincangan awal.

Masih tiada sebarang informasi seperti senarai pelakon, jalan cerita dan bila filem ketiga akan tiba. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini