David Benioff dan D.B. Weiss adalah dua individu yang terkenal kerana mengadaptasi buku Game of Thrones kepada siri TV aksi nyata. Mereka berdua kini hadir dengan siri sains fiksyen pula untuk Netflix yang diadaptasi dari novel popular di China iaitu The Three-Body Problem (karya Liu Cixin) yang dihasilkan bersama-sama dengan Alexander Woo (True Blood).
Ini sinopsis yang diberikan oleh Netflix;
“Nasib seorang wanita di China pada tahun 1960 memberi kesan di seluruh angkasa dan masa. Perkara ini disedari oleh sekumpulan saintis di masa kini dan dengan hukum alam yang tidak masuk akal terlerai mereka bersatu untuk menghentikan ancaman yang tidak diduga.”
Pelakon yang terlibat adalah Jess Hong, Benedict Wong, Eiza González, Jovan Adepo, Alex Sharp, John Bradley, Saamer Usmani, Liam Cunningham, Rosalind Chao, Jonathan Pryce, Marlo Kelly, Sea Shimooka, Ben Schnetzer dan Zine Tseng.

Siri TV ini akan diterbit oleh Bernadette Caulfield, Rian Johnson, Ram Bergman, Nena Rodrigue, Brad Pitt, Jeremy Kleiner, Dede Gardner, Rosamund Pike, Robie Uniacke, Lin Qi, Zhao Jilong, Fenfen Xu dan Xiasong Gao. 3 Body Problem adalah siri TV 8 episod dengan setiap episod mempunyai durasi satu jam.
The Three-Body Problem akan tiba di Netflix pada Januari 2024.