All the Light We Cannot See adalah siri TV empat episod yang diarahkan sepenuhnya oleh Shawn Levy (Stranger Things, Free Guy, Deadpool 3). Siri ini diadaptasi dari novel dengan judul sama karya Anthony Doerr yang pernah memenangi anugerah Pulitzer.

Siri ini mengisahkan seorang gadis buta Marie-Laure bersama ayah beliau (Mark Ruffalo) yang berlindung di rumah pakcik beliau (Hugh Laurie) di Saint-Malo kerana ingin menyembunyikan berlian legenda yang ingin dirampas oleh Nazi. Marie menggunakan radio untuk berkomunikasi secara rahsia dengan Werner (Louis Hofmann) seorang tentera Jerman yang direkrut oleh Hitler untuk mencari siaran terlarang di radio. Kisah ini berlaku ketika perang dunia kedua.

All the Light We Cannot See adalah drama yang memfokuskan kepada watak sepenuhnya dengan kualiti produksi yang tinggi. Menjadikan siri ini lebih menarik untuk ditonton adalah watak Marie dilakonkan oleh pelakon kali pertama yang benar-benar buta Aria Mia Loberti.

Siri ini akan tiba di Netflix pada 2 November 2023.

Sohor Kini