The Archies Adalah Filem Riverdale Versi Bollywood

The Archies bermula dari komik, kemudian ke siri TV Netflix Riverdale dan kini hadir dalam bentuk filem tetapi iterasi Bollywood pula. Zoya Akhtar adalah pengarah dan penerbit dan telah mengadaptasi komik terkenal ini dalam bentuk drama muzikal.

Berlaku pada tahun 1960-an, The Archies akan menceritakan kisah sekumpulan remaja mirip Archie, Betty, Dilton, Ether, Jughead, Reggie serta Veronica mengenai erti persahabatan, cinta pertama serta perjalanan hidup dari remaja ke dewasa.

The Archies menyertakan pelakon seperti Mihir Ahuja, Dot, Yuvraj Menda, Vedang Raina, Khushi Kapoor, Janhvi Kapoor, Suhana Khan (anak Shah Rukh Khan) dan Agastya Nanda (cucu Amitabh Bachan).

Filem ini dirancang untuk disiarkan di Netflix pada tahun ini.

Sohor Kini