Cobra Kai Akan Tamat Dengan Musim Keenam

Filem klasik Karate Kid turut mempunyai siri sampingan tersendiri di Netflix iaitu Cobra Kai. Kini selepas lima musim, di acara TUDUM 2023 mereka mengumumkan yang siri ini akan tamat dengan musim keenam.

Tiada treler diumumkan. Tetapi musim keenam, tempat latihan pasukan protagonis akhirnya akan mempunyai nama sendiri bagi bersaing dengan Cobra Kai.

Dalam musim lepas, selepas Terry Silver ditangkap polis John Kreese berjaya melepaskan diri kerana menyangkakan beliau tidak akan diselamatkan oleh Daniel LaRusso dan Johny Lawrence. Selain itu turut kelihatan adalah kembalinya Chozen Toguchi yang akan membantu mereka semua dari ancaman

Sohor Kini