Pedro Alonso kembali sebagai Berlin dalam siri sampingan tersendiri. Sebuah kisah ketika beliau masih muda, sihat dan merancang untuk merompak barang kemas bernilai €44 juta yang ingin diselesaikan dalam masa satu hari.

Di acara TUDUM 2023, Netflix telah mempertontonkan treler baharu bagi siri sampingan Money Heist ini.

Treler mempertontonkan aksi rompakan yang cuku mencemaskan. Selain itu turut kelihatan adalah komedi yang cuba diselitkan sekali, kisah cinta, penganiayaan dan jenayah lain seperti penculikan. Kali ini Berlin ditemani oleh pasukan perompak baharu iaitu Keila (pakar sekuriti siber), Damián (jurutera, ahli kimia/fizik dan kawan baik Berlin), Cameron (wanita gagah dan berani), Roi (pakar pecah peti besi/lepaskan diri) dan Bruce (pakar gajet dan senjata).

Itziar Ituño dan Najwa Nimri turut akan kembali memainkan watak kegemaran ramai Inspektor Raquel Murillo dan Alicia Sierra. Berlin akan tiba di Netflix pada Disember 2023.

Sohor Kini