Hari ini berlangsungnya acara TUDUM 2023 oleh Netflix. Antara yang diumumkan adalah Lift lakonan Kevin Hart dan Gugu Mbatha-Raw. Filem ini diarahkan oleh pengarah The Fate of the Furious dan The Italian Job iaitu F. Gary Gray dengan skrip ditulis oleh Daniel Kunka.

Lift mengisahkan kru rompakan antarabangsa yang perlu merompak jongkong emas yang bernilai $100 juta dari jarak 40,000 kaki di udara melalui sebuah pesawat untuk menghentikan serangan pengganas. Rompakan ini turut melibatkan FBI dan berlaku sepanjang penerbangan dari London ke Zurich.

Selain Hart (yang merancang) dan Mbatha-Raw (ejen FBI) pelakon seperti Vincent D’Onofrio (pakar menyamar), Billy Magnussen (pakar pecah peti keselamatan), Úrsula Corberó (pilot), Yun Jee Kim (pakar teknologi), Viveik Kalra (pakar pengekstrakan), Paul Anderson, Jacob Batalon, Jean Reno, Sam Worthington dan Burn Gorman turut terlibat. Filem ini dihasilkan oleh studio Kevin Hart sendiri iaitu HartBeat Produtions dengan kerjasama bersama Netflix, studio Matt Reeves (The Batman) 6th & Idaho dan juga turut melibatkan Genre Pictures.

Lift akan disiarkan di Netflix pada Januari 2024.

Sohor Kini