Skip to main content

Konsol permainan video Xbox Series X dan S sudahpun memasuki tahun ketiga pelancarannya, dan kini dilihat konsol utama untuk membangunkan permainan-permainan konsol baru oleh syarikat-syarikat dibawah Xbox Game Studios.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa bahagian pembangunan permainan Microsoft tersebut tidak lagi membangunkan permainan video untuk konsol permainan video generasi sebelum ini, iaitu Xbox One. Perkara ini disahkan oleh Ketua Xbox Game Studios, Matt Booty yang mengatakan bahawa fokus pembangunan permainan video pada studio tersebut adalah pada Xbox Series X dan S dan juga PC.

Keputusan ini dibuat untuk memastikan bahawa permainan-permainan video dan komputer yang dibangunkan untuk konsol dan PC generasi baru ini tidak terkongkong dengan keperluan untuk menyokong perkakasan lama.

Matt Booty mengatakan lagi pengguna yang masih menggunakan konsol Xbox One boleh memanfaatkan perkhidmatan Xbox Cloud Gaming untuk memainkan permainan-permainan terbaru.

Beliau juga akur bahawa membangunkan permainan untuk konsol Xbox Series S juga sedikit sukar kerana prestasinya yang tidak setaraf dengan Xbox Series X, tetapi untuk Xbox Game Studios, pengoptimasian konsol untuk permainan-permainan baru kini bukanlah sesuatu yang sukar.

Sumber: Axios

Leave a Reply