James Gunn nampaknya benar-benar berpuas hati dengan filem The Flash dan memberi pujian kepada pengarah Andy Muschietti. Terkini James Gunn dan Peter Safran telah memilih beliau untuk menjadi pengarah filem Batman: Brave And The Bold.
Filem ini adalah salah satu projek fasa pertama Chapter One – God and Monster. Ia akan mengisahkan Bruce Wayne yang kali pertama mengetahui kewujudan anaknya Damien dan melatihnya untuk menjadi Robin, pembantu kepada Batman.
Bukan itu sahaja, Andy Muschietti melalui studio beliau Double Dream turut telah menandatangani perjanjian jangka masa panjang bersama Warner Bros Pictures dan Warner Bros Television Group/Max untuk menghasilkan lebih banyak projek. Salah satu daripadanya adalah prekuel filem It dalam bentuk siri TV, Welcome to Derry.
Sumber – Deadline