Saksikan Klip Rahsia Secret Invasion Di Laman Web Khas Ini

Secret Invasion akan disiarkan di Disney+ Hotstar pada 21 Jun nanti. Ia adalah siri TV aksi perisikan ngeri yang melibatkan Nick Fury dan peperangan melawan Skrull yang kejam iaitu Gravik lakonan Kingsley Ben-Adir.

Sempena mempromosikan siri TV enam episod ini, Marvel telah hadir dengan laman web khas theinvasionhasbegun.com.

Dalam laman web ini anda perlu memasukkan kata laluan yang boleh didapatkan melalui ciapan oleh Marvel Studios. Selepas itu anda akan dapat saksikan klip rahsia sepanjang lima minit memfokuskan watak Everett K. Ross lakonan Martin Freeman.

James Rhodes lakonan Don Cheadle turut kelihatan cuba berbincang bersama Nick Fury lakonan Samuel L. Jackson. Aksi tembakan G’iah lakonan Emilia Clarke turut kelihatan. Secret Invasion dilihat adalah satu projek pengintipan, penganiayaan dan aksi seakan filem Black Widow.

Sohor Kini