Apple Arcade telah mengumumkan permainan-permainan baharu yang akan disertakan di dalam perkhidmatan tersebut pada bulan ini. Permainan yang disertakan adalah Jet Dragon, Bold Moves+, Retro Bowl+, Retro Goal+ dan Millionaire Trivia: TV Game+.

Permainan paling menarik adalah Jet Dragon yang dibangunkan oleh Grezzo. Mereka adalah studio dari Jepun yang sebelum ini banyak terlibat dengan permainan The Legend of Zelda termasuk juga pembangun untuk versi olahan semula The Legend of Zelda: Link’s Awakening yang diterbitkan oleh Nintendo pada tahun 2019.

Jet Dragon adalah permainan perlumbaan naga yang membolehkan pemain untuk membentuk pasukan dan melatih pelbagai naga-naga berbeza. Permainan ini boleh dimainkan secara solo dan juga secara multi-pemain dalam talian. Jet Dragon akan dilancarkan pada 16 Jun 2023.

Berikut adalah senarai penuh permainan yang akan disertakan di dalam Apple Arcade pada bulan ini;

  • Jet Dragon (16 April)
  • Bold Moves+ (9 April)
  • Retro Bowl+ (23 Jun)
  • Retro Goal+ (23 Jun)
  • Millionaire Trivia: TV Game+ (30 Jun)

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Sohor Kini