Rebel Moon adalah filem sains fiksyen aksi fantasi baharu di Netflix yang diarahkan dan ditulis oleh Zack Snyder. Belum lagi ditayangkan di mana-mana, Snyder sudah pun mengesahkan yang beliau akan membina dunia Rebel Moon dengan tiga filem, animasi dan akan datang permua.

Francais Rebel Moon dikatakan adalah Star Wars versi Zack Snyder untuk Netflix. Rebel Moon sebenarnya diolah semula daripada idea untuk filem Star Wars selepas trilogi prekuel. Ia juga pada asalnya adalah siri TV dan telah dijadikan sebagai filem.

Selepas sekian lama menantikan butiran siri ini, Netflix akhirnya berkongsi sinopsis penuh dan imej-imej watak-watak beraksi. Sementara menantikan treler anda boleh lihat imej ini untuk membayangkan dunia What If… Star Wars jika dihasilkan oleh Zack Snyder.

Tidak dinafikan yang imej yang dikongsi Netflix tidak nampak seakan kisah di galaksi yang luas selain daripada watak-watak yang memakai kostum aneh. Turut kelihatan adalah sekumpulan watak yang seakan adiwira serta ketua penjahat.

Sinopsis rasmi Rebel Moon adalah mengenai Kora lakonan Sofia Boutella seorang gadis misteri di sebuah perkampungan di mana penduduk mengharapkan Kora menjadi pelindung mereka. Gadis ini kemudian ditugaskan merekrut individu dengan bakat unik untuk bertempur dengan kuasa jahat yang mengancam seluruh galaksi.

Rebel Moon diarahkan dan ditulis oleh Zack Snyder. Pelakon yang terlibat pula adalah Sofia Boutella, Djimon Hounsou, Ed Skrein, Michiel Huisman, Bae Doona, Ray Fisher, Charlie Hunnam, Anthony Hopkins, Staz Nair, Fra Fee, Cleopatra Coleman, Stuart Martin, Ingvar Eggert Sigurðsson, Alfonso Herrera, Cary Elwes, Rhian Rees, E. Duffy, Jena Malone, Sky Yang, Charlotte Maggi dan Corey Stoll.

Sohor Kini