Nightmare on Elm Street adalah antara francais filem seram klasik yang popular. Filem ini mengisahkan Freddy Krueger iaitu pembunuh kanak-kanak yang kejam dan menyerang mangsa melalui mimpi. Sejak 1984 sehingga 2010 sudah ada 9 filem dalam francais ini dan 8 filem Freddy Krueger dilakonkan oleh Robert Englund.

Baru-baru ini Englund berkongsi kepada umum yang beliau tidak lagi akan berlakon sebagai Freddy selepas filem Freddy vs. Jason yang dikeluarkan pada tahun 20023 atas faktor usia. Walau bagaimanapun beliau tiada masalah untuk membuat cameo jika ada filem baharu dihasilkan.

Apabila ditanya siapakah pelakon lain yang layak menjadi Freddy Krueger, beliau menjawab Kevin Bacon. Menurut beliau ramai peminat turut inginkan Bacon membawa watak Krueger. Englund turut tahu yang Bacon adalah seorang pelakon yang baik dan menghormati genre seram.

Freddy Krueger sebelum ini telah menerima pelakon baharu iaitu Jackie Earle Haley di dalam filem Nightmare on Elm Street yang dikeluarkan pada tahun 2010. Namun, ia tidak digemari peminat asal kerana filem ini mengubah latar belakang Krueger.

Selain itu, Englund juga memberitahu jika filem baharu ingin dihasilkan ia mungkin boleh melibatkan pempengaruh media sosial dan Krueger menyerang mereka.

Sumber – Variety

Sohor Kini