Antara siri TV paling popular di Netflix adalah Stranger Things. Ia sudah pun mempunyai empat musim dengan musim kelima, siri sampingan dan animasi turut dalam pembangunan. Francais seram ngeri ini turut mempunyai beberapa permainan video tersendiri.

Salah satu studio yang membangunkan permainan berdasarkan Stranger Things adalah BonusXP. Mereka mengeluarkan permainan Stranger Things: 1984 dan Stranger Things 3: The Game. Hari ini, mereka telah mengumumkan di dalam proses untuk menghentikan operasi studio tersebut selepas 11 tahun membangunkan permainan video.

Selain Stranger Things, BonusXP turut bertanggungjawab membangunkan permainan The Dark Crystal: Age of Resistance Tactics iaitu satu lagi permainan berdasarkan siri TV Netflix.

Di dalam pengumuman yang sama, mereka juga mengatakan yang fokus utama mereka sekarang adalah membantu untuk pekerja mereka mendapatkan peluang pekerjaan yang seterusnya.

Sohor Kini