Teenage Mutant Ninja Turtles: Mutant Mayhem adalah filem animasi baharu Teenage Mutant Ninja Turtle (TMNT). Filem ini ditulis oleh Seth Rogen bersama Jeff Rowe dan diarahkan oleh Kyler Spears. Mutant Mayhem akan ke pawagam 17 Ogos nanti dan baru-baru ini telah menerima treler kedua.
Dalam treler kita dapat lihat yang Donatello, Michelangelo, Leonardo dan Raphael berganding bahu bersama April O’Neil untuk menentang Superfly iaitu makhluk mutasi lalat yang ingin menakluk bumi. Ia padat dengan aksi menarik, mempunyai elemen komedi yang lucu serta rekaan animasi yang unik.
Empat ekor penyu ninja ini disuarakan oleh Micah Abbey sebagai Donatello, Shamon Brown Jr. sebagai Michelangelo, Nicolas Cantu sebagai Leonardo dan Brady Noon sebagai Raphael.
Selain itu, Jackie Chan (Master Splinter), Ayo Edebiri (April O’Neil), Rogen (Bebop), John Cena (Rocksteady), Giancarlo Esposito (Baxter Stockman), Post Malone (Ray Fillet), Paul Rudd (Mondo Gecko), Maya Rudolph (Cynthia Utrom), Hannibal Buress (Genghis Frog), Rose Byrne (Leatherhead), Ice Cube (Superfly) dan juga Natasia Demetriou (Wingnut) turut terlibat dalam filem ini.