Di Malaysia terdapat tiga filem yang menarik ditayangkan pada tarikh sama iaitu Fast X dan Anwar. Tetapi anda sudah boleh baca artikel ulasan kami, jadi jemput baca. Apa kata aku cadangkan filem Polis Evo 3 yang mana kali terakhir filem kedua ditayangkan adalah pada 2018.
Kini selepas 5 tahun, filem buddy cop kegemaran ini kembali. Inspektor Khai dan Inspektor Sani (Shaheizy Sam dan Zizan Razak) kali kembali berganding mahu menumpaskan seseorang dari zaman silam Khai. Filem ketiga iaitu Polis Evo 3 baru sahaja tiba ke pawagam 25 Mei.
Hari ini pihak Astro telah berkongsi kutipan filem ini. Polis Evo 3 yang ditayangkan semalam telah mengutip sebanyak RM3.4 juta. Menurut mereka ia adalah kutipan dua kali ganda lebih banyak berbanding Fast X.
Sambutan orang ramai terhadap filem ini juga agak hebat. Cuma adakah Polis Evo boleh tewaskan rekod kutipan Mat Kilau atau setidaknya dengan Polis Evo 2, sama-sama kita saksikan filem ini di pawagam.