Netflix Mengumumkan Senarai Pelakon Suara Skull Island

Skull Island adalah animasi yang akan disiarkan di Netflix yang berlaku di dalam MontaVerse iaitu dunia sama dengan filem Godzilla, Kong, etc. Powerhouse Animation, iaitu studio yang sama menghasilkan siri Castlevania akan menghasilkan Skull Island.

Hari ini Netflix mengumumkan yang Nicolas Cantu, Mae Whitman, Darren Barnet, Benjamin Bratt dan Betty Gilpin adalah watak utama bagi Skull Island. Siri ini akan tiba pada 23 Jun 2023 dan memfokuskan kepada watak Annie. Animasi berlaku banyak di Skull Island iaitu pulau misteri yang penuh raksasa dan makhluk.

Siri animasi ini ditulis dan dicipta oleh Brian Duffield, Jacob Robinson, Brad Graeber, Jen Chambers dan Thomas Tull anda mungkin boleh saksikan karya mereka dalam Castlevania atau Blood of Zeus.

Sohor Kini