Treler Penceritaan Diablo IV Diperlihatkan

Diablo IV, permainan RPG isometrik keluaran Blizzard Entertainment akan dilancarkan pada 6 Jun ini, dan terkini, mereka telah memperlihatkan sebuah treler penceritaan baru, yang mengisarkan tentang Lilith, watak antagonis utama permainan ini.

Treler terbaru ini memperlihatkan sedikit tentang penceritaan bagaimana Lilith merupakan pencipta dunia manusia didalam Diablo IV yang dinamakan Sanctuary. Lilith, yang tidak mahu terlibat dengan perbalahn tanpa penghujung diantara syurga dan neraka didalam permainan ini telah mencipta Sanctuary bersama-sama dengan Inarius, seorang malaikat yang juga sependapat dengannya.

Tetapi Lilith juga dilihat mempunyai pelannya tersendiri untuk Sanctuary, yang dilihat terperangkap dalam konflik diantara kedua-dua pihak ini, yang kami jangka akan diperlihatkan sepanjang penceritaan permainan Diablo IV.

Diablo IV boleh dimainkan di PC, Sony PlayStation 5 dan juga Xbox Series X dan Series S.

Sohor Kini