Tahun 2010 terdapat satu filem olahan semula Karate Kid dengan judul sama. Filem ini menggantikan Mr. Miyagi dengan Mr. Han lakonan Jackie Chan dan pelajar Kung Fu beliau pula adalah Dre Parker lakonan Jaden Smith dalam kisah Parker ingin mempertahankan diri daripada buli selepas keluarga pindah ke China.
Tahun lepas ada kami laporkan yang Sony ingin kembali dengan filem baharu Karate Kid yang tiada kaitan dengan siri TV Cobra Kai. Terkini Jackie Chan dilaporkan sedang dalam perbincangan untuk kembali sebagai Mr. Han. Tetapi tiada maklumat jika Jaden Smith akan kembali.
Tiada butiran jelas mengenai filem ini. Tetapi Sony dilihat serius untuk mengembalikan francais Karate Kid selepas siri TV Cobra Kai menerima sambutan baik di Netflix.
[sumber] Discussing Film [/sumber]