Skip to main content

Selepas setahun Paramount baru-baru ini berkongsi treler kedua untuk filem Mission: Impossible – Dead Reckoning Part 1. Filem ini merupakan kedua terakhir kerana dalam Dead Reckoning Part 2 kisah ejen IMF Ethan Hunt akan ditamatkan.

Anda boleh tonton treler di bawah;

Seperti treler sebelum ini, jalan cerita sebenar masih sukar untuk dirungkai. Kita tahu Ethan Hunt diburu dan ia adalah misi mencari kebenaran. Turut kelihatan adalah kunci misteri, sehinggakan ejen IMF ini melakukan aksi berani mati.

Filem ini mengembalikan pelakon-pelakon asal iaitu Ving Rhames, Simon Pegg, Rebecca Ferguson, dan Vanessa Kirby. Mereka disertai oleh Hayley Atwell, Esai Morales, Pom Klementieff dan ramai lagi. Filem ini akan ditayangkan pada 12 Julai akan datang sementara Dead Reckoning Part II pada 28 Jun 2024.

Leave a Reply