Bayangkan filem Rogue One tetapi memfokuskan pertempuran dengan sistem kecerdasan buatan (AI). The Creator filem baharu 20th Century Studios yang diarahkan oleh pengarah Star Wars: Rogue One iaitu Gareth Edwards.

Filem ini memfokuskan peperangan antara manusia dan AI di mana AI dalam filem ini ada kekuatan untuk menghentikan peperangan dan juga memusnahkan manusia. Joshua lakonan John David Washington (Tenet) merupakan seorang bekas tentera khas yang ditugaskan untuk membunuh The Creator iaitu pencipta AI ini.

Joshua yang kehilangan isteri beliau (Gemma Chan, Eternals) terkejut apabila mendapati AI yang menguasai dunia ini dan mempunyai senjata dahsyat ini dimuatkan dalam seorang kanak-kanak.

Berdasarkan treler filem ini memang nampak gempak dan menarik. Ia memberi kita rasa takut kepada AI yang sangat berkuasa sekarang. Jadi adakah kita yang kini sedang berseronok dengan perkhidmatan AI patut takut atau nikmati sahaja teknologi yang memudahkan tugasan harian?

The Creator akan ke pawagam 29 September nanti.

Sohor Kini