Winnie-the-Pooh: Bood and Honey adalah filem seram ngeri berdasarkan watak Winnie and the Pooh yang telah menjadi domain awam sejak tahun lepas. Filem ini walaupun bukan satu filem hebat tetapi untuk filem dengan bajet $100,000 kutipan $6 juta adalah memberangsangkan.

Ini membuatkan studio ingin hasilkan sekuel yang dirancang akan melibatkan watak Tiger pula selain Pooh dan Piglet. Bukan itu sahaja selain sekuel filem Bambi: The Reckoning dan Peter Pan’s Neverland Nightmare turut dirancang agar menjadi sebahagian daripada dunia filem seram ngeri sama.

Terkini filem sekuel Winnie-The-Pooh: Bood and Honey disahkan akan berkembang ke pasaran antarabangsa dan tidak terhad kepada Amerika Syarikat sahaja.

Filem sekuel ini akan ditayangkan di Mexico, Amerika Latin, Jerman, Itali, Perancis, Benelux, Scandinavia, Rusia, Australia, New Zealand, Turki, Taiwan, India, negara-negara timur tengah dan juga untuk inforia kapal terbang.

Buat masa ini masih tiada pengumuman sama ada ia akan ditayangkan di Malaysia, memandangkan LPF sudah pun memperkenalkan sistem rating baharu dan tidak lagi ketat dalam memotong adegan.

[sumber] The Hollywood Reporter [/sumber]

Sohor Kini