Filem Extraction adalah filem asli Netflix yang diarahkan oleh Sam Hargrave dan ditulis oleh Joe Russo serta diterbit oleh Anthony Russo. Tiga orang yang menghasilkan filem ini masing-masing pernah terlibat dengan filem-filem MCU.

Extraction memfokuskan kepada watak Tyler Rake lakonan Chris Hemsworth yang merupakan askar upahan. Selepas ditayangkan pada tahun 2020 filem ini menerima sekuel pada 16 Jun 2023 nanti.

Treler filem ini mempertontonkan aksi berani mati dan sudah semestinya turut memperlihatkan rakaman One-Shot. Filem kedua turut memperlihatkan Rake tidak lagi terlibat dengan Ovi Mahajan Jr.

Tetapi kini dengan misi menyelamatkan dan melindungi satu keluarga yang digadai kepada gangster Georgia. Musuh utama dalam filem kedua dilihat adalah Tornike Gogrichiani yang memainkan watak seakan seorang askar jahat.

Sama-sama kita nantikan kehadiran filem Extraction 2 pada 16 Jun 2023 di Netflix Malaysia.

Sohor Kini