Foundation Musim 2 Akan Tiba 14 Julai Nanti

Foundation iaitu siri TV David S. Goyer yang mengadaptasi siri novel Isaac Asimov. Foundation mengisahkan seorang sejarawan iaitu Hari Seldon yang meramal kejatuhan Galactic Empire dan juga kemusnahan kemanusiaan.

Untuk memastikan manusia boleh kekal hidup di masa hadapan, Foundation ditubuhkan sebagai kumpulan pemberontak kepada Empire kerana ramai di kalangan Empire tidak mempercayai ramalan Hari. Siri ini berlaku sepanjang ratusan tahun.

Musim kedua akan mempunyai 10 episod dan melibatkan pelakon seperti Lou Llobell dan Leah Harvey. Musim kedua berlaku selepas berabad daripada musim pertama. Cleons mendapati permaisuri ingin memusnahkan Empire, Harim Gaal dab Salvor menemui puak Mentalics dengan kuasa psionik iaitu seakan psikik yang mengugut untuk mengubah sejarah.

Foundation kini memasuki fasa keagamaan dan melibatkan Church of Seldon. Bermula di sini pelbagai cabaran dan dugaan berlaku termasuk menguji tahap kesetiaan dan ketabahan seseorang. Foundation musim kedua hanya akan disiarkan di Apple TV+ pada 14 Julai akan datang.

Sohor Kini