Tom Holland terkenal sebagai Peter Parker/Spider-Man dalam MCU. Tetapi beliau juga pernah terlibat dengan banyak filem serius seperti The Devil All Time, Cherry, dan baru-baru ini filem adaptasi permainan video terkenal Uncharted.
Terbaru di Apple TV+ iaitu projek kedua beliau dengan Apple selepas Cherry adalah The Crowded Room lakonan beliau dan juga Amanda Seyfried.
Siri TV ini adalah siri pertama beliau dan juga merupakan terbitan Holland sendiri. The Crowded Room adalah ciptaan Akiva Goldsman (The Dark Tower, I Am Legend, The Da Vinci Code). Ia mengisahkan Danny Sullivan (Holland) yang ditahan oleh polis kerana kes tembak-menembak di New York pada tahun 1979.
Kisah kehidupan beliau dan peristiwa ngeri ini diceritakan melalui temubual antara Sullivan dan Rya Goodwin (Seyfried). Satu demi satu rahsia terungkai dan mendedahkan kenapa Sullivan menjadi diri beliau sekarang yang mengubah kehidupan buat selamanya.
Siri ini adalah hasil produksi Apple dan New Regency. The Crowded Room mempunyai 10-episod dan akan disiarkan pada 9 Jun akan datang eksklusif di Apple TV+.