Beetlejuice adalah filem fantasi seram komedi yang diarahkan oleh Tim Burton dengan skrip oleh Michael McDowell dan Warren Skaaren. Filem in ditayangkan pada tahun 1988 dengan barisan pelakon seperti Alec Baldwin, Geena Davis, Jeffrey Jones, Catherine O’Hara, Winona Ryder dan Michael Keaton.

Kini selepas 36 tahun filem ini akan menerima sekuel Beetlejuice 2 yang dijadualkan untuk ditayangkan pada 6 September 2024.

Menariknya Michael Keaton dan Winona Ryder akan kembali sebagai Betelgeuse dan Lydia Deetz. Selain itu Jenna Ortega turut akan berlakon dalam filem ini menjadi anak kepada Lydia dan Justin Theroux akan memainkan watak rahsia.

Dalam Beetlejuice ia mengisahkan Charles dan Delia Deetz (Jeffrey Jones, Catherine O’Hara) yang baru pindah ke rumah mendiang Adam dan Barbara Maitland (Alec Baldwin, Geena Davis). Pasangan Maitland ini tidak menggemari yang keluarga Deetz kini memiliki rumah mereka dan mengupah Betelgeuse untuk menghalau mereka. Tetapi Lydia (Winona Ryder) boleh melihat hantu-hantu ini dan selepas pelbagai isu Deetz dan Maitland hidup berdamai di rumah sama dengan Betelgeuse terperangkap di dunia lain.

Sohor Kini