Tiger Stripe adalah sebuah filem tempatan berbahasa Melayu yang akan ditayangkan di Festival Filem Cannes. Ini adalah filem pertama Malaysia di festival ini selepas sekian lama. Filem ini memfokuskan watak Zaffan lakonan Zafreen Zairizal yang berusia 11 tahun yang mula menyedari tubuh beliau melalui perubahan yang mengerikan.

Tetapi semakin lama beliau cuba untuk bersemangat, tabahkan diri dan menempuhi segala perubahan berlaku untuk menjadi seorang wanita yang gagah. Filem ini dikatakan satu metafora kepada nilai identiti seorang wanita.

Filem ini menggabungkan konsep semangat kewanitaan dan juga seram. Filem ini turut dibintangi oleh dibintangi oleh Shaheizy Sam, June Lojong, dan Fatimah Abu Bakar. Tiada tarikh tayangan Malaysia lagi, tetapi treler di bawah nampak menarik, unik dan pada masa sama mengerikan.

Sumber – Variety

Sohor Kini