Oppenheimer adalah sebuah filem epik baharu Christopher Nolan yang akan ditayangkan pada Julai tahun ini. Filem ini mengisahkan bagaimana bagaimana bom atom dicipta oleh J. Robert Oppenheimer dengan mengambil buku karya Kai Bird dan Martin J. sebagai rujukan.

Selepas sekitar lima bulan akhirnya sebentar tadi treler kedua dikongsi. Anda boleh tonton di bawah;

Treler kali ini membuatkan aku tidak duduk diam dan tidak sabar untuk menyaksikan filem ini di panggung IMAX. Ia mempertontonkan bagaimana Oppenheimer merancang untuk membina bom ini dari awal sehinggalah detik ia diletupkan buat pertama kali mencipta sejarah dunia.

Manhattan Project iaitu nama projek pembinaan bom ini melibatkan ratus ribu orang dengan kerjasama tentera Amerika Syarikat dan menelan kos puluh bilion USD (2 bilion USD pada tahun 1942). Filem ini turut akan menceritakan personaliti Oppenheimer yang bermasalah dan bagaimana beliau memendam masalah ini untuk membina senjata nuklear yang digeruni ramai.

Tidak pasti jika filem akan memperlihatkan dua jenis senjata yang dibina iaitu satu berbentuk seakan pistol dan satu yang lebih kompleks iaitu senjata nuklear boleh meletup. Sama-sama kita nantikan kehadiran filem ini di pawagam tempatan pada 20 Julai nanti.

Filem lakonan Cillian Murphy, Robert Downey Jr., Matt Damon, Rami Malek, Benny Safdie, Florence Pugh, Josh Hartnett, Dane DeHaan, Jack Quaid, Matthew Modine, Alden Ehrenreich, David Krumholtz, Michael Angarano dan juga Kenneth Branagh ini turut menggunakan kesan khas praktikal untuk kesan letupan realistik.

Sohor Kini