Filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 menjadi penutup kepada trilogi GotG dan ia adalah antara filem MCU terbaik setakat ini. Penuh dengan emosi, aksi hebat, perkembangan watak menarik dan satu karya ucapan selamat tinggal oleh James Gunn.

Gunn akan kini akan fokus kepada pembangunan filem dan siri DC Universe di bawah DC Studios bersama dengan Peter Safran. Semalam di Twitter beliau menjawab banyak soalan orang ramai dan mengesahkan yang GotG Vol. 3 bukan kali terakhir kita boleh melihat pelakon-pelakonnya bekerja dengan Gunn.

Menurut Gunn akan ada pelakon GotG dipilih berlakon dalam Superman Legacy iaitu filem rasmi pertama dalam Chapter One – God and Monster. Filem ini mengisahkan yang Superman masih muda yang cuba berdamai dengan sejarah Kyrptonian beliau dan menerima kehidupan manusia di bumi sebagai Clark Kent di bandar kecil Smallville.

Superman Legacy ditulis dan akan diarah oleh James Gunn sendiri. Sebelum ini beliau ada mengesahkan yang filem ini turut akan melibatkan watak Jimmy Olsen dan baru-baru ini mengacah anjing Krypton Krypto the Superdog turut akan muncul dengan gurauan Chriss Pratt akan menjadi anjing ini.

Sumber: Toronto Sun

Sohor Kini