Pembikinan Filem The Flash Menelan Kos Lebih RM979 Juta

The Flash adalah antara filem paling bermasalah di Warner Bros.. Filem ini sudah melalui banyak penulisan semula skrip, penggambaran semula, masalah pelakon dan perubahan struktur operasi Warner Bros. Tetapi ia masih tidak dibatalkan seperti Batgirl dan banyak projek lain yang telah mati atas kerana penstrukturan semula kewangan.

Jika anda tertanya kenapa, Batgirl menelan kos sekitar $90 juta sahaja tetapi untuk membatalkan The Flash filem ini sudah menelan kos lebih $220 juta iaitu sekitar RM979,550,000. Agak bermasalah untuk Warner Bros. Discovery menghentikan pembangunan dan lebih baik teruskan sahaja walaupun ada banyak isu.

Jika dibandingkan dengan filem DC sebelum The Flash seperti SHAZAM! Fury of the Gods hanya menelan kos $125 juta, Black Adam, The Batman dan Wonder Woman 1984 sekitar $200 juta dan The Suicide Squad dengan bajet sekitar $185 juta.

Ini bermakna The Flash adalah filem DC dengan bajet tertinggi selepas Batman v Superman: Dawn of Justice yang menelan kos hampir $300 juta. Berdasarkan treler dan reaksi orang di CinemaCon filem The Flash mungkin adalah filem DC terbaik. Malah James Gunn yang mengendalikan DC Universe dan DC Studio turut bangga dengan hasil filem ini.

Sumber – Comicbook

Sohor Kini