Emma Watson telah lama berehat daripada berlakon. Filem terakhir beliau adalah filem arahan Greta Gerwig pada tahun 2019 iaitu Little Women. Filem lain yang mungkin segar di fikiran anda adalah Beauty and the Beast dan sudah semestinya Watson terkenal sebagai Hermione Granger dalam francais Harry Potter.
Baru-baru ini Watson berkongsi lebih lanjut mengenai kenapa beliau ingin terus berehat daripada berlakon.
Menurut Watson ketika berlakon beliau rasa terperangkap. Beliau memberitahu ketika berlakon beliau perlu sampaikan persembahan yang meyakinkan yang bukan di bawah kawalan sendiri. Lebih-lebih lagi apabila dengan wartawan untuk menjawab soalan “Adakah watak yang sedang dimainkan selari dengan pandangan hidup sendiri”.
Beliau turut meluahkan perasaan kecewa kerana tidak diberi kawalan terhadap kerjaya beliau. Walaupun Watson mengaku ada di antaranya adalah salah sendiri dan beliau perlu lakukan yang terbaik untuk dirinya. Beliau kini hanya ingin berehat dan menantikan masa sesuai untuk kembali. Sama-sama kita nantikan.