Dan Erickson dan Mark Friedman adalah dua orang penulis skrip dan penerbit eksekutif bagi siri Apple TV+ yang berjaya iaitu Severance. Siri TV ini menerima sambutan yang sangat baik dan maklum balas positif. Malah turut telah memenangi banyak anugerah dan sehingga hari ini masih di segar di Rotten Tomatoes dengan skor 97%.
Musim kedua sudah pun disahkan dan kini dalam sesi penggambaran. Tetapi sudah sekian lama tiada kemaskini mengenai perkembangan penggambaran musim baharu. Baru-baru ini dikhabarkan Erickson dan Friedman bergaduh dan membenci antara satu sama lain. Isu ini menjadi sebab kenapa Severance mungkin ditunda.
Selain itu bajet musim kedua yang dikatakan tiba-tiba meningkat turut menjadi sebab kenapa siri ini mengalami masalah. Ben Stiller selaku penerbit eksekutif dan juga pengarah menyatakan bajet masih kekal sama, tiada isu besar dan Severance musim kedua masih akan disiarkan mengikut jadual.
Beau Willimon yang pernah menjayakan siri House of Cards turut dilantik Apple bagi membantu menjayakan musim kedua Severance. Siri ini turut disahkan akan mempunyai musim ketiga dan Beau adalah antara individu yang turut bertanggungjawab.
Sumber – TVLine