The Morning Show adalah antara siri TV popular di Apple TV+. Ia juga antara siri TV yang menelan kos pembangunan yang tinggi. Siri ini mengisahkan suasana syarikat penyiaran berita dengan genre drama komedi serius yang menyertakan pelakon Jennifer Aniston, Reese Witherspoon, dan Steve Carell.

Siri ini sudah pun mempunyai musim kedua di Apple TV+ dengan musim ketiga masih sedang dinantikan oleh orang ramai. Kini Apple telah mengesahkan yang The Morning Show akan diteruskan untuk musim keempat.

Tiada butiran lagi mengenai musim ketiga dan keempat siri TV ini selain dua pelakon iaitu Jon Hamm dan Nicole Beharie akan menyertai siri ini. Kemudian musim ketiga dikatakan akan disiarkan pada sekitar suku keempat tahun ini.

Sohor Kini